suria

Piala FA: Man United Singkir Reading 4-0, Rooney Kongsi Rekod Gol Sir Bobby Charlton

Rooney meraikan jaringan ke-249 keseluruhan pada perlawanan Piala FA bertemu Reading, Sabtu malam.

MANCHESTER United menyingkir Reading dengan kemenangan selesa 4-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium Old Trafford, Sabtu malam.

Perlawanan itu juga menyaksikan penyerang Wayne Rooney mencatat sejarah baharu kelab dengan menyamai rekod gol sepanjang masa yang dipegang Sir Bobby Charlton dengan 249 gol.

Namun Rooney lebih cemerlang dengan 543 perlawanan untuk mencatat jumlah jaringan itu berbanding Charlton yang bermain sebanyak 758 kali keseluruhan.

Pada perlawanan tersebut, Rooney yang menerima hantaran daripada Juan Mata berjaya meledak gol seawal minit ketujuh permainan.

Dan jaringan ke-249 Rooney itu turut disaksikan Charlton yang turut berada di stadium.

Sir Bobby Charlton turut berada di stadium menyaksikan perlawanan United bertemu Reading.


Sembilan minit kemudian, stadium sekali lagi digegarkan dengan tepukan penyokong-penyokong The Red Devils selepas Anthony Martial menyumbat gol kedua United.

Tidak cukup dengan dua gol itu, skuad Jose Mourinho terus menguasai permainan pada babak kedua yang menyaksikan pemain muda, Marcus Rashford menjaringkan dua gol pada minit ke-75 dan 79'.

United menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-0 ke atas Reading.

Senarai pemain:

Man United: Romero, Young, Smalling, Rojo, Blind, Carrick, Fellaini, Mata, Rooney, Martial, Rashford. (simpanan): Pereira, Fosu-Mensah, Jones, Schweinsteiger, Mkhitaryan, Pogba, Ibrahimovic

Pengurus: Jose Mourinho

Reading: Al-Habsi, Gunter, Blackett, L.Moore, Van den Berg, Evans, Williams, Kelly, Beerens, McCleary, Kermorgant.(Simpanan); S.Moore, Cooper, Swift, Obita, Samuel, Meite, Watson.

Pengurus: Jaap Stam

Pengadil: Andre Marriner (West Midlands)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain