suria

Marco Silva Jurulatih Baharu Hull City

Marco Silva
HULL City mengesahkan pelantikan Marco Silva sebagai ketua jurulatih baharu mereka sehingga akhir musim ini.

Jurulatih dari Portugal itu, yang juga rakan kepada Pengurus Manchester United Jose Mourinho, menjadi pengurus ketiga Hull sejak kelab itu layak beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada Mei lalu.

Mike Phelan, jurulatih terdahulu telah dipecat dari kelab itu pada hari Selasa.

Silva, yang sebelum ini telah membimbing Olympiakos dan Sporting Lisbon, mengambil alih Hull yang berada di tangga tercorot carta Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih berusia 39 tahun itu telah disebut sebagai ‘Mourinho baru’ dan tiba dengan reputasi sebagai jurulatih dengan corak permainan menyerang yang menghiburkan.

Naib Pengerusi Hull Ehab Allam berkata: "Marco adalah seorang jurulatih muda yang telah membuatkan kami kagum dengan falsafah dan gaya bola sepaknya.

"Dia mempunyai rekod prestasi yang hebat dan kami rasa ini adalah satu pelantikan berani dan menarik dalam matlamat kami untuk mengekalkan status kelab Liga Perdana.

"Kami telah bekerja keras dengan Marco dan pasukannya untuk menyampaikan beberapa penambahan utama kepada skuad kami semasa rundingan perpindahan ini.”

Silva akan menyertai kelab itu dibantu oleh Joao Pedro Sousa, jurulatih pasukan utama Goncalo Pedro dan jurulatih penjaga gol Hugo Oliveira.

Perlawanan pertama Silva adalah pertembungan pusingan ketiga Piala FA dengan Swansea hujung minggu ini, diikuti dengan perlawanan pertama separuh akhir Piala EFL menentang Manchester United pada hari Selasa.
Marco Silva, Hull City, Ehab Allam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Terbuka Qatar

Artikel Lain