suria

Rombakan Besar Dalam FAS - Azmin

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan menjalani rombakan besar untuk memastikan persatuan itu diterajui oleh individu yang berkelayakan dan berwibawa yang boleh mengembalikan kecemerlangan kepada pasukan itu.

Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah atas nasihat baginda dan memberi jaminan beliau akan mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan kecemerlangan bola sepak di Selangor dipelihara dan seterusnya membawa kejayaan  ke tahap lebih besar.

"Saya mengambil perhatian terhadap cadangan bahawa saya, sebagai Presiden FAS, perlu memperkenalkan "barisan baharu yang bebas daripada politik, berdasarkan merit, penuh bertenaga dan mampu mencapai kejayaan," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

"Sesungguhnya, saya sekali lagi ingin menegaskan bahaswa apa yang penting ialah rekod dan sejarah gemilang skuad Red Giants yang tidak perlu dikorbankan kerana tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab," kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Mengenai persoalan pembiayaan negeri, beliau berkata FAS perlu mempunyai pendekatan pemasaran yang komprehensif bagi membolehkan persatuan itu menjana pendapatan yang mampan untuk masa depan dan tidak perlu lagi bergantung dana daripada kerajaan negeri.

Gabungan Kelab Penyokong Selangor diketuai oleh Presidennya, Mohd Faizal Wahid, hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lain memohon perkenan baginda campurtangan dalam kemelut yang melanda pengurusan FAS.

Semalam, Tengku Amir Shah melalui laman Instagram baginda menyarankan supaya FAS menjalani rombakan besar membabitkan struktur keseluruhan organisasi dan juga perlembagaan persatuan bagi memastikan ia relevan dengan perkembangan semasa.

FAS, Azmin Ali, Tengku Amir Shah

Artikel Sebelum

Julian Draxler Sah Sertai PSG

Artikel Berikut

Artikel Lain