suria

Penyertaan Liga-M 2017, Annuar Serah Keputusan Kepada Kafa

KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada KAFA untuk menentukan penyertaan mereka dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurutnya hala tuju skuad The Red Warriors akan ditentukan Kongres Kafa pada 29 Disember ini dan beliau enggan membuat sebarang komen kerana bimbang ia akan mempengaruhi keputusan mereka.

"Saya tidak boleh beri apa-apa komen kerana tidak lagi bersama Kafa dan saya tidak mahu mengganggu apa-apa keputusan yang akan dilakukan Kafa.

"Keputusan tersebut (menyertai atau tidak menyertai Liga M) akan diputuskan pada Kongres KAFA pada 29 Dis, jadi saya tidak mahu mempengaruhi kata putus yang dilakukan KAFA... saya hanya bertindak sebagai penyokong sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Walimatul Urus Qubra 2016 di Masjid Ayesha Kok Lanas di sini, Sabtu.

Pada program itu seramai 36 pasangan pengantin dinikahkan dan akan bersanding secara serentak di Dewan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK)Padang Kala, Melor di sini,pada Ahad.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kafa memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu untuk menyertai Liga-M musim depan.-Bernama

Annuar Musa, Kafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain