suria

Banyak 'Bertahan', United Sukar Kejar Chelsea - Mourinho

Jose Mourinho
PENGURUS Manchester United Jose Mourinho mengaku sukar untuk mengejar Chelsea pada musim ini kerana The Blues mempunyai kebarangkalian yang kecil untuk kehilangan banyak mata disebabkan corak permainan mereka yang banyak bertahan.

Jika sebelum ini Mourinho, yang juga bekas pengurus Chelsea ini cukup terkenal sebagai jurulatih yang gemar 'parkir bas' terutama ketika berdepan pasukan besar, namun pada musim ini dia tampil untuk lebih menyerang bersama United.

Bagi Chelsea pula, kelab ini mendapat pujian setelah mencatat 'clean sheet', menang dalam semua 11 perlawanan terakhir mereka termasuk tiga kemenangan tipis 1-0 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris dan kini berada di tempat pertama liga, 13 mata di hadapan United.

Ditanya sama ada United masih mampu mengejar gelaran juara, Mourinho berkata “Anda harus jujur dan menyatakan bahawa ia sangat sukar. Bukan hanya dari segi perbezaan mata, tetapi juga dari segi falsafah permainan Chelsea," katanya kepada Sky Sports.

“Mereka meledakkan satu gol dan menang. Mereka banyak bertahan. Mereka bertahan dengan baik. Mereka menang dan pada 20 minit terakhir, mereka memasukkan pemain-pemain pertahanan.

“Mereka tidak peduli apa orang mahu kata, apa yang orang lain fikir. Mereka hanya ingin menang. Dan, disebabkan itu, saya tidak melihat mereka akan kehilangan banyak mata.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Muller Diminta Tingkat Prestasi

Artikel Lain