KJ Beri Amaran Kepada Persatuan Sukan - Sukan | mStar

KJ Beri Amaran Kepada Persatuan Sukan

KUALA LUMPUR: Semua persatuan sukan dituntut supaya meletakkan kepentingan nasional dalam kalangan atlet masing-masing dalam menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut memberikan amaran kepada semua persatuan sukan supaya mengenepikan soal politik dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam memilih atlet terbaik untuk dua temasya dwitahunan itu.

Khairy berkata semangat nasional sangat penting dalam kalangan atlet jika mahu Malaysia selaku tuan rumah muncul juara keseluruhan Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19-31 Ogos depan.

Sasaran bagi Sukan Para ASEAN pula adalah kedudukan dua terbaik pada 17-23 September depan.

"Kebanyakan persatuan sukan memberikan kerjasama baik tetapi masih ada satu-dua persatuan yang bermasalah. Jadi kesempatan ini saya ingin ingatkan mereka bahawa kepentingan nasional merupakan matlamat utama Sukan SEA dan Para ASEAN, bukannya pilih kasih dan politik persatuan.

"Kepentingan nasional perlu mengatasi segala-galanya dan saya bersedia untuk campur tangan mengikut peraturan yang ada pada saya bagi memastikan mereka akur dengan kepentingan nasional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN edisi 2017 di Hotel Renaisance malam Selasa.

Khairy juga mahu persatuan dan jurulatih mempunyai komunikasi yang baik dengan menerima pendapat atlet masing-masing dan bukan melakukan keputusan sendiri.

"Saya harap ada komunikasi yang jelas dalam kalangan atlet, jurulatih dan persatuan sukan. Atlet sekarang bukan seperti dulu, mereka adalah lulusan universiti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Gaji Pemain Liga M Perlu Realistik - KJ

Artikel Berikut

Kaji, Cari Jalan Atasi Krisis Kewangan - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain