suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara Dua Kali Wimbledon Cedera Diserang Pencuri

JUARA Wimbledon dua kali, Petra Kvitova dilaporkan cedera selepas diserang seorang pencuri yang cuba memasuki rumahnya di bandar Prostejov, timur Czech pada Selasa.

Menurut jurucakap Karel Tejkal, pemain itu diserang ketika berada di pangsapurinya pada pagi Selasa.

"Satu jenayah rambang kerana tidak ada siapa yang akan menyerang dan merompak Petra Kvitova," jelas Tejkal.

"Dia mengalami kecederaan akibat terkena pisau ketika pencuri itu cuba memasuki rumahnya. Namun dia tidak berada dalam keadaan berbahaya dan telah dirawat oleh doktor".

Kvitova dilaporkan mengalami luka di tangan kirinya.

Jelas Tejkal, pencuri tersebut masih lagi bebas.

Dalam pada itu, pemain Republik Czech yang bergelar juara Wimbledon pada tahun 2011 dan 2014 itu sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di kaki serta faktor keletihan sekaligus terpaksa melupakan aksi Piala Hopman bermula 1 Januari ini 2017.

Bagaimanapun pemain No.11 dunia itu berharap akan kembali cergas menjelang Kejohanan Terbuka Australia bermula 16 Januari tahun depan.

Petra Kvitova, Czech, pencuri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain