suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

V Shem-Wee Kiong Mara Ke Final

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila mara ke saingan final Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada perlawanan awal pagi Ahad, V Shem-Wee Kiong hanya mengambil masa selama 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16.

Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan itu ke final untuk bertemu beregu Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda pada Ahad.

Pada aksi separuh akhir itu, Kamura-Sonoda menundukkan Mads Conrad-Petersen-Made Pieler Kolding dari Denmark, 21-17, 21-19.

Untuk rekod, dalam tiga pertemuan dengan pasangan Jepun yang kini merupakan beregu nombor lima dunia, V Shem-Wee Kiong hanya memenangi satu perlawanan sahaja.

Goh V Shem, Tan Wee Kiong

Artikel Berikut

Artikel Lain