suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard Direhatkan, Alami Kecederaan Ringan

PENYERANG Chelsea Eden Hazard akan terlepas perlawanan menentang Sunderland selepas bergelut dengan kecederaan ringan ketika menentang West Brom.

Hazard, 25, terpaksa dikeluarkan pada saat akhir ketika Chelsea menang 1-0 pada Sabtu lalu.

Penyokong The Blues menyedari dia tidak menyertai pemain lain yang meninggalkan hotel pasukan itu pada Selasa.

Pengurus Antonio Conte mengunci mulut mengenai krisis kecederaan yang membelenggu pasukan itu ketika ini.

Namun The Guardian melaporkan salah seorang pemain bintangnya pada musim ini tidak bersama pasukan itu ketika berkunjung ke Sunderland.

Hazard dilaporkan berada di London untuk meneruskan proses pemulihan kecederaannya sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan begitu banyak perlawanan perlu diharungi dalam masa yang singkat.

Namun Chelsea berharap agar Hazard kembali cergas menjelang pertemuan menentang Crystal Palace pada hujung minggu ini.

Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu musim lalu, Hazard kini kembali berada di tahap terbaik apabila menjaringkan lapan gol untuk Chelsea.




Eden Hazard, Chelsea

Artikel Lain