suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FA Denda Chelsea, Man City

Insiden pergaduhan pada 3 Disember. -fotoAP
PERSATUAN Bola Sepak (FA) Inggeris menjatuhkan hukuman kepada Chelsea dan Manchester City berhubung insiden melibatkan dua kelab ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris 3 Disember lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad itu dimenangi oleh Chelsea dengan jaringan 3-1.

Tetapi, sebelum perlawanan berakhir berlaku pergaduhan antara dua pasukan.

Insiden bermula dengan perlanggaran Sergio Aguero dengan  David Luiz, membuatkan Aguero dilayangkan kad merah oleh pengadil dan digantung empat perlawanan.

Tidak lama kemudian, Fernandinho turut diarah keluar padang kerana dikatakan menolak Cesc Fabregas hingga terjatuh di bahagian tepi padang.

FA akhirnya memutuskan hukuman kepada kedua-dua kelab, Chelsea dan City.

Pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas memutuskan City didenda £35,000 dan Chelsea perlu membayar £100,000 selepas kedua-dua pasukan mengakui melanggar Peraturan E20 (a) FA.

Kedua-dua kelab telah didakwa kerana gagal memastikan pemain mereka mengawal diri dalam cara yang teratur dan/atau menahan diri daripada tingkah laku provokatif.

Ketika ini Chelsea masih menduduki puncak liga dengan 37 mata, unggul tiga mata dari Arsenal di posisi kedua.

City pula turun satu anak tangga ke posisi keempat dengan 30 mata setelah kalah 2-4 ke atas Leicester City, Sabtu.
FA Inggeris, denda, kes gaduh

Artikel Sebelum

Artikel Lain