Malaysia Benam Indonesia 10-1, Jumpa Thailand Di Final Esok - Sukan | mStar

Malaysia Benam Indonesia 10-1, Jumpa Thailand Di Final Esok

Pemain negara meraikan jaringan gol di hadapan gawang pasukan Myanmar pada Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean kali pertama di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Rabu. Malaysia menang 16-0 ke atas Myanmar dengan menjuarai kumpulan B.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean 2016 selepas berpesta gol membenam Indonesia 10-1 pada aksi separuh akhir, di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), Khamis.

Pasukan negara, bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal Indonesia menerusi pemain tengah, Salvador Sianipar pada minit kedua susulan kegagalan penjaga gawang negara menangkap kemas bola hasil umpanan Yongki Yamadi.

Skuad negara kembali memperkemas permainan dan hasilnya tiga gol berjaya  dijaringkan untuk Malaysia mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Penyerang berbisa negara, Edelson Dell Evaristus paling mencuri tumpuan apabila menyumbat empat gol pada minit ketiga, 22, 55 dan 78, sementara Dojnester Francis menyumbat dua gol.

Empat lagi gol skuad negara, masing-masing dijaringkan Rabbino Lusius, Roynald Vienc Vincent, Muhammad Rahmatuddin Mohd Razali dan Amirul Naim Mat  Leh.

Sementara itu, jurulatih pasukan negara Manachai Sitthisarn yakin anak buahnya mampu mencipta sejarah dengan menjulang piala berkenaan pada aksi final esok.

"Saya yakin dengan semangat juang anak buah saya, kami 100 peratus yakin untuk menewaskan Thailand esok," katanya melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan jurubahasa skuad negara, Emmy Husain.

Malaysia akan bertemu Thailand pada aksi final setelah pasukan Gajah Putih itu menewaskan Vietnam 4-0 pada satu lagi saingan separuh akhir yang berlangsung di Padang Wisma Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Mini Kementerian Pertahanan  pada 4 petang esok.-- Bernama


pekak , MSN , Manachai Sitthisarn

Artikel Sebelum

Bola Sepak Malaysia 'Bersih' - Bookie

Artikel Berikut

PKNS FC Kemuka Penyertaan Liga M

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain