suria

Mourinho Dimalukan Di Stamford Bridge, Chelsea Menang 4-0

Pemain Chelsea, N'Golo Kante (tengah) sewaktu menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge pada Ahad malam. Foto AFP

KUNJUNGAN Jose Mourinho ke Stamford Bridge menjadi mimpi ngeri buatnya selepas Manchester United terpaksa berdepan dengan kekalahan di tangan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad malam.

Ia merupakan perlawanan pertama bagi Mourinho di Stamford Bridge sejak beliau meninggalkan pasukan itu akhir tahun lalu.

Bukan satu, tetapi empat gol diraih Chelsea sebagai pasukan tuan rumah.

Ia merupakan hasil jaringan Pedro Rodriguez pada minit pertama, diikuti Gary Cahill (21'), Eden Hazard (62'), dan N'Golo Kante (70').

Kekalahan teruk membuatkan Manchester United terus jauh untuk mencapai kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris.

Terdahulu, kelab Red Devils ini terikat seri dengan Stoke City 1-1 dan Liverpool 0-0.

Jauh berbeza dengan Chelsea, pasukan di bawah pengurus Antonio Conte ini terus cemerlang menerusi kemenangan di atas Hull City 2-0 dan Leicester City 3-0.

Kemenangan di Stamford Bridge meletakkan Chelsea di tangga keempat liga dengan 19 mata, manakala Manchester United dengan kedudukan ketujuh, menyaksikan perbezaan lima mata.

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain