suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Norrodin Mahu Cipta Kejayaan Di Sepang

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin bertekad mahu membuktikan sesuatu pada perlumbaan pusingan ke-17, Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

"Harapan peminat tempatan sangat tinggi kerana kali ini kita ada banyak wakil pelumba tempatan antaranya Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi.

"Itu yang akan buat saya lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan di Sepang," katanya pada sidang media pasukan Drive M7 SIC Racing Team di sini, Isnin.

Pelumba berusia 18 tahun itu juga berharap agar momentum pada dua pusingan sebelum ini iaitu di Litar Twin Ring Montegi, Jepun dan Litar Philip Island, Australia dapat diteruskan.

Selepas melalui beberapa kemelut prestasi yang membimbangkan, pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu kembali mempamerkan aksi menyakinkan apabila menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-14 di Montegi, manakala di Philip Island, Adam menduduki tempat ke-11.

"Dua pusingan terakhir itu menyaksikan kami dapat kembali ke prestasi yang diingini. Harapan saya, di Sepang juga saya dapat mengekalkan prestasi yang sama.

"Jentera saya juga sudah semakin laju dan berada di tahap terbaik," katanya.

Sementara itu, Adam yang kini berada di kedudukan ke-27 keseluruhan dengan mengumpul 14 mata berkata beliau tidak gusar digelar pelumba 'under dog' jika dibandingkan dengan dua lagi rakannya iaitu Khairul Idham dan pelumba kategori Moto2, Hafizh Syahrin.

"Bagi saya semua pelumba tempatan yang berlumba di Moto GP ini mempunyai kelebihan masing-masing. Gelaran itu sedikit pun tidak memberi tekanan kepada saya," katanya.

Perlumbaan pusingan ke-17 MotoGP bakal berlangsung di SIC pada 29-30 Oktober ini. - BERNAMA

Adam Norrodin, Moto3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain