suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Denmark: V Shem-Wee Kiong Mara Ke Final

V Shem Goh (kiri) dan Wee Kiong pada aksi separuh akhir regu lelaki Terbuka Denmark pada Sabtu. Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Cabaran skuad badminton negara pada Terbuka Denmark ke saingan final diteruskan apabila beregu lelaki, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menang ke atas pasangan tuan rumah, Sabtu malam.

Wakil tunggal negara itu bertungkus lumus dalam perlawanan selama 57 minit untuk menidakkan kemaraan beregu pilihan kedua kejohanan, Mathias Boe/Carsten Mogensen dengan catatan kemenangan 20-22, 21-15 dan 21-11, menurut lawan sesawang Persekutuan Badminton Dunia, www.bwf.tournamentsoftware.com.

Pada final nanti, V Shem/Wee Kiong dijadualkan bertemu beregu Thailand, Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet yang menewaskan beregu pilihan ketujuh dari Indonesia, Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi 21-11 dan 21-18.

Terdahulu, pada kejohanan Siri Super Premier yang berlangsung di Odense Sports Park itu, jaguh negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain dari Perancis Brice Leverdez, ranking ke-38 dunia dengan mata 17-21, 22-20 dan 19-21 pada perlawanan suku akhir pada Sabtu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain