suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi Tidak Menakutkan Saya - John Stones

John Stones
PEMAIN pertahanan muda Manchester City menegaskan pasukannya telah bersedia untuk berdepan Barcelona sambil mendedahkan kekagumannya terhadap corak permainan pasukan lawannya itu.

John Stones menegaskan bahawa dia tidak takut berdepan Lionel Messi dan Barcelona menjelang perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

"Ia tidak menakutkan saya (berdepan Messi), tidak," kata Stones kepada pemberita.

"Saya rasa anda perlu bermain menentang yang terbaik untuk melihat bagaimana anda boleh berurusan dengannya dan ia juga sentiasa membuatkan anda memberikan aksi terbaik.

"Saya melihat ia sebagai satu cabaran menarik dan saya sudah tidak sabar lagi.

"Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dunia, mudah sahaja. Saya rasa kami sebagai pemain bola sepak, lebih menghargainya apabila perlu berdepan dengannya dan lihat sahaja apa yang dia mampu boleh lakukan," katanya.

Pemain pertahanan England itu juga mendedahkan dia telah membesar dengan menonton aksi Messi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain