suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Meterai Kontrak Lima Tahun Bersama Barcelona Jumaat Ini

Neymar.

BINTANG Brazil, Neymar akan menandatangani kontrak lanjutan secara rasmi bersama Barcelona sehingga 2021 pada Jumaat ini.

Barcelona sudah mengesahkan pemain itu bersetuju memperbaharui kontraknya pada Julai lalu tetapi mengesahkan kertas kerja itu hanya akan ditandatangani minggu ini.

Tiada kata putus didedahkan berhubung gaji baharunya.

Namun difahamkan Neymar akan menerima bayaran gaji lebih rendah berbanding kontrak sebelum ini iaitu 77,000 pound seminggu.

Pemain itu dikhabarkan meminta angka lima kali lebih tinggi berbanding jumlah tersebut iaitu sekitar 435,000 pound seminggu.

Timbul spekulasi bahawa dia akan menerima bayaran 230,000 pound seminggu, kurang 25,000 pound berbanding Lionel Messi tetapi lebih 30,000 daripada Luis Suarez.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan mempunyai klausa belian sebanyak 200 juta euro untuk tahun pertama kontraknya, 222 juta euro bagi tahun kedua dan 250 juta euro untuk baki kontrak tiga tahun.

Neymar menyertai Barcelona dari kelab Brazil, Santos pada 2013.

Dia menjaringkan 31 gol dalam kesemua perlawanan musim lalu dan membantu Barcelona menjulang trofi La Liga.





Barcelona, Neymar, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain