suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murray Hampiri Kedudukan Pemain No.1 Dunia

Murray bersama trofi Shanghai Masters selepas menewaskan pemain Sepanyol pada Ahad.

ANDY Murray yakin corak permainannya semakin baik dengan prestasi konsisten termasuk  menjuarai gelaran Shanghai Masters dalam kariernya musim ini.

Juara Wimbledon dua kali itu menewaskan Roberto Bautista Agut dari Sepanyol yang menyaksikan dia tampil dalam aksi akhir Masters 7-6 6-1 sekaligus mengumpul enam kejuaraan tahun ini.

Murray kini menjuarai sepuluh gelaran musim ini selepas merangkul trofi Terbuka China minggu lalu dengan rekod bersih tanpa tewas setiap set permainan.

"Saya mengalami banyak perubahan termasuk melakukan servis di luar jangkaan.

"Ia sememangnya sangat penting dalam setiap permainan dan harap selepas ini saya terus kekal dengan momentum ini," jelasnya.

Pemain berusia 29 tahun itu kini hanya ketinggalan 916 mata daripada pemain No.1 Dunia, Novak Djokovic bagi ranking tahun ini.

Peluang pemain kelahiran Scotland untuk mencabar kedudukan Djokovic dilihat amat cerah selepas pemain Serbia itu tidak beraksi pada terbuka Austria dalam tempoh dua minggu lagi.

"Jumlah mata itu tidak terlalu banyak kerana kamu boleh mengutip 1000 mata jika menjuarai perlawanan Masters.

"Tetapi itu sekiranya Novak tidak memenangi sebarang perlawanan. Dan semua tahu kemampuan Novak kerana dia adalah pemain terbaik dunia".

Andy Murray

Artikel Lain