suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giggs Simpati Nasib Rooney

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs meluahkan rasa simpati terhadap bekas rakan pasukannya, Wayne Rooney selepas England terikat seri tanpa jaringan dengan Slovenia pada kempen pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 awal pagi Rabu.

Pemain berusia 30 tahun itu diturunkan dari bangku simpanan pada perlawanan itu dan masih tercari-cari rentak permainannya.

"Saya lihat seorang pemain yang melalui fasa peralihan, saya pernah melaluinya ketika berusia 29 atau 30 tahun.

"Saya rasa bersalah terhadapnya pada musim lalu dan untuk England pada musim panas dia beraksi di posisi lebih penting. Kemudian dia diberitahu dia beraksi sebagai pemain No 9 atau No 10 (oleh Jose Mourinho).

"Dia barangkali keliru," kata Giggs.

Namun Giggs menasihati Rooney supaya bekerja lebih keras kerana kariernya masih belum berakhir.

"Satu sahaja cara dia boleh kembali ke tahap terbaik adalah latihan yang kerap.

"Saya tidak melihatnya beraksi dalam posisi khas, dia ada bakat dan pengalaman untuk diturunkan di pelbagai posisi," kata Giggs.



Wayne Rooney, Ryan Giggs

Artikel Lain