suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southgate Bawa Kemenangan Awal England

Gareth Southgate

LONDON: Pengendali sementara England Gareth Southgate, berjaya membawa kemenangan awal pasukan itu apabila Daniel Sturridge dan Dele Alli memberikan kemenangan 2-0 ke atas pasukan kerdil, Malta.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia itu adalah yang pertama kendalian Southgate selepas menggantikan Sam Allardyce.

Sturridge dan Alli meletakkan England pada kedudukan selesa namun gagal menambah jaringan walaupun memonopoli keseluruhan permainan.

"Saya fikir kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Kita boleh dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

"Penjaga gol mereka berjaya menyelamatkan gawang dengan baik dan Saya rasa beberapa pemain kami melihat diri mereka sendiri secara fizikal pada separuh kedua.

"Kami terlepas beberapa peluang yang baik, tetapi apabila melihat di mana kita 10 hari yang lalu, saya gembira dengan hasilnya," kata Southgate.

Southgate, yang pertama kali menurunkan pemain sayap Manchester United, Jesse Lingard turut kehilangan pemain bek kiri, Ryan Bertrand akibat kecederaan.

Susulan itu ia meningkatkan kemungkinan bekas jurulatih England Bawah-21 tahun itu akan menggantikan kedudukan Bertrand dengan bek kiri Arsenal, Kieran Gibbs bagi perlawanan seterusnya dalam Kumpulan F di Slovenia.

Artikel Sebelum

Jerman Langkah Kanan

Artikel Berikut

Artikel Lain