suria

Hatrik Lewandowski Bantu Poland Benam Denmark

Robert Lewandowski

WARSAW: Hatrik yang dilakukan Robert Lewandowski berjaya memberi kemenangan 3-2 kepada Poland ke atas Denmark dalam aksi mendebarkan kelayakan Piala Dunia Kumpulan E.

Beraksi di hadapan 56,000 penonton di Stadium Nasional di Warsaw, pasukan tuan rumah mendahului permainan pada minit ke-20 apabila Lewandowski menyempurnakan hantaran lintang yang dilakukan Kamil Grosicki dan  menjaringkan gol dari jarak dekat.

Poland terus melakukan serangan terutamanya di bahagian sayap dan Lewandowski menambah kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti sembilan minit sebelum rehat.

Kemudian, gol ketiga penyerang Bayern Munich itu dilakukan pada permulaan separuh masa kedua apabila dia memanfaatkan kesilapan kesilapan Vestergaard dan bergerak solo menewaskan Kasper Schmeichel buat kali ketiga.

Denmark merapatkan jurang pada minit ke-49 apabila pemain Poland, Kamil Glik tertampan bola melepasi penjaga gol sendiri, Lukasz Fabianski.

Pasukan pelawat kemudian tiba-tiba mula menguasai permainan apabila pemain gantian, Yussuf Poulsen menjaringkan gol pada minit ke-69.

Poland kini berkongsi tangga teratas kumpulan dengan dua lagi pasukan - Montenegro dan Romania.

Poland mengutip empat mata.

Lewandowski sudah melakukan hatrik dalam tiga pertandingan musim ini termasuk dalam saingan Bundesliga dan Piala Jerman.

Dia turut menjaringkan gol dalam setiap perlawanan pada tujuh aksi terakhirnya dalam kelayakan Piala Dunia/Kejuaraan Eropah iaitu 11 gol keseluruhan dalam tujuh perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain