suria

Rosberg Sambar Petak Pertama Sesi Kelayakan

SUZUKA: Pelumba Mercedes, Nico Rosberg menyambar petak pertama pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun, petang Sabtu.

Rosberg menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa 1:30.647 saat, mengatasi rakan pasukan, Lewis Hamilton dalam perlumbaan penuh dramatik.

Terdahulu, pelumba Jerman itu turut mendominasi ketiga-tiga latihan bebas di Litar Suzuka.

Hamilton sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat kedua apabila ketinggalan 0.013 saat di belakang Rosberg.

"Saya amat gembira dengan keputusan ini. Saya berada pada prestasi terbaik ketika ini dan perlu kekal konsisten pada perlumbaan sebenar esok (Ahad)," katanya.








F1, GP Jepun, Nico Rosberg

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain