suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardiff City Lantik Warnock Sebagai Pengurus Baharu

CARDIFF City telah melantik Neil Warnock sebagai pengurus baharu kelab itu.

Perlantikan Warnock, 67, itu bagi menggantikan Paul Trollope yang dipecat pada Selasa selepas mencatat enam kekalahan daripada tujuh perlawanan sekaligus meletakkan Cardiff di zon penyingkiran dalam Liga Kejuaraan Inggeris musim ini.

Trollope dipecat pada Selasa.


Pembantu jurulatih Lennie Lawrence dan pengarah prestasi Ryland Morgans turut meninggalkan kelab itu.

Bekas pengurus Rotherham Warnock bersetuju untuk menerima tawaran ini untuk membantu mengubah pasukan ke posisi yang lebih selamat berdasarkan beberapa syarat.

Kelab Cardiff mengesahkan perlantikan Warnock pada pagi Rabu dan mengumumkan Kevin Blackwell dan Ronnie Jepson menyertai pasukan sebagai penolong pengurus serta jurulatih skuad utama.

Manakala James Rowberry, Martyn Margetson dan  Lee Southernwood dikekalkan sebagai pembantu sokongan Warnock.


Senarai pengurus Cardiff City:

Malky Mackay -  Jun 17, 2011 - Disember 27, 2013

David Kerslake-  Disember 27, 2013 - Januari 2, 2014 (pengurus sementara)

Ole Gunnar Solskjaer - Januari 2, 2014 - September 18, 2014

Danny Gabbidon - September 18, 2014 - October 5, 2014 (pengurus sementara) 

Scott Young - September 18, 2014 - October 5, 2014 (pengurus sementara)

Russell Slade - October 5, 2014 - Mei 7, 2016

Paul Trollope - Mei 18, 2016 - October 4, 2016

Neil Warnock - Oktober 5 2016 

Neil Warnock, Cardiff City

Artikel Lain