suria

Allardyce Bakal Dipecat

Sam Allardyce.

AKHBAR The Times melaporkan Sam Allardyce akan dipecat sebagai pengurus England.

Kedudukan pengurus berusia 61 tahun itu mulai tergugat susulan pendedahan seorang wartawan The Telegraph yang melakukan penyamaran untuk laporan eksklusif akhbar tersebut berhubung rundingan membabitkan perjanjian selama setahun bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) dengan wakil sebuah syarikat dari Asia Timur.

Malah beliau turut didakwa menunjukkan cara melepasi undang-undang Persatuan Bola Sepak (FA) England dalam hal perpindahan pemain.

Ketua Wartawan Sukan The Times, Martyn Ziegler melaporkan pada tengah hari Selasa bahawa FA semakin hampir untuk memecat Allardyce daripada jawatannya selepas didakwa menyalahgunakan kedudukannya dalam perjanjian tersebut.

Pengerusi FA, Greg Clarke dan Ketua Eksekutif Martin Gleen turut terkesan dengan dakwaan salah laku membabitkan Allardyce menyebabkan satu mesyuarat tergempar telah diadakan.

Mereka dikatakan sedang menunggu kenyataan di pihak Allardyce tetapi berdasarkan laporan The Times, kepimpinan tertinggi England itu sudah tawar hati untuk meneruskan khidmat pengurus terbabit.

"Penghakiman akan memutuskan sama ada keputusan membenarkan dia terus kekal sebagai Pengurus England akan membawa masalah lebih besar kepada pasukan dalam tempoh jangka masa panjang."

"Ini turut mengambil kira terutamanya jika badan pentadbir bola sepak itu perlu berdepan isu disiplin yang dibangkitkan dalam laporan The Telegraph terhadap ejen bola sepak dan juga pengurus."

Berdasarkan analisis yang dilakukan kebanyakan akhbar di England pagi Selasa berpendapat Allardce apa peluang 50-50 untuk dipecat.

Difahamkan Allardyce sendiri yakin beliau akan digugurkan daripada jawatannya.

Laporan The Sun turut mendakwa bekas pengurus Bolton itu telah pun memberitahu rakannya bahawa kedudukan beliau sudah tidak lagi selamat.

Allardyce yang menggantikan Roy Hodgson sebagai pengurus pada Julai lalu disoal siasat oleh FA pada Isnin.

Sam Allardyce, England

Artikel Sebelum

Artikel Lain