suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Juara Terbuka Jepun Kali Keenam

Lee Chong Wei.

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi gelaran Terbuka Jepun buat kali keenam selepas menundukkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-18, 15-21, 21-16 pada aksi final, Ahad.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu hanya tewas sekali dalam 17 pertembungan dengan Jorgensen sebelum ini.

Namun sebelum pertemuan itu, Chong Wei berkata: "Saya ada rekod yang bagus tetapi saya tidak memandang rendah keupayaan Jorgensen.

"Saya akan lebih fokus terhadap rancangan permainan saya. Ini adalah kejohanan pertama saya selepas aksi Sukan Olimpik Rio dan saya gembira dapat mengekalkan prestasi untuk mara ke final di sini... saya amat gembira.

"Saya akan berusaha keras untuk memenangi gelaran juara keenam dalam Terbuka Jepun -  itu janji saya," katanya.

Pada Sabtu, pemain berusia 33 tahun itu mengatasi Marc Zwiebler dari Jerman 21-14, 21-15  dalam aksi separuh akhir di Tokyo.


Lee Chong Wei, Terbuka Jepun

Artikel Sebelum

Keputusan GP Aragon

Artikel Lain