suria

"Sayalah Pengurus Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak" - Mourinho

Jose Mourinho
PENGURUS Manchester United Jose Mourinho secara sinis melabelkan dirinya sebagai pengurus paling teruk dalam sejarah bola sepak selepas berdepan kritikan berikutan kemerosotan persembahan United baru-baru ini.

Walaupun menang dalam empat perlawanan pertama sebaik sahaja menjadi jurulatih kelab itu, Mourinho menjadi perhatian media selepas United tewas tiga kali berturut-turut sebelum menewaskan kelab divisyen tiga Northampton Town dalam Piala Liga.

Mereka kini berada enam mata di belakang pendahulu, Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris dan akan menentang juara Leicester City di Old Trafford pada Sabtu.

Apabila ditanya mengenai Claudio Ranieri dan prospek mereka, Mourinho mengambil peluang itu untuk menyelar pengkritiknya.

"Amat sukar untuk mengekalkan kejuaraan," kata Mourinho kepada pemberita, Jumaat.


"Sejarah telah menunjukkannya. Tidak banyak (pasukan) telah melakukannya dalam Liga Perdana Inggeris.

"Satu pasukan itu adalah Manchester United dan satu lagi yang yang dulu diuruskan oleh pengurus paling teruk dalam sejarah bola sepak (Mourinho bersama Chelsea pada 2005-2006)."

Kapten United, Wayne Rooney juga telah berdepan kritikan selepas rentetan persembahan buruknya dalam beberapa minggu kebelakangan ini tetapi Mourinho berkata, pemain itu tidak harus diberi perhatian khusus daripada seluruh skuad.

"Kami adalah satu pasukan. Kami bukan Wayne Rooney, kami satu pasukan," kata jurulatih berusia 53 tahun itu.

"Tetapi cara kita berfikir dalam pasukan adalah semua orang terlibat dalam setiap perlawanan, walaupun mereka yang tidak bermain."

Mourinho, yang baru-baru ini membidas pengkritiknya yang digelar 'Einsteins bola sepak'  berkata dia kecewa kerana tidak dapat melindungi pemainnya daripada penelitian media.

"Satu-satunya perkara yang sedikit mengganggu saya adalah jenis kritikan untuk pemain saya. Saya suka melindungi pemain saya, tetapi daripada anda (media) saya tidak boleh," kata Mourinho.

"Ia benar-benar di luar kawalan saya. Yang memberikan saya perasaan bahawa ia adalah sukar. Itu mengecewakan. 'Einsteins' memerlukan wang untuk hidup...Mereka boleh bercakap, mereka boleh menulis.

"Mereka boleh mengkritik kerja-kerja orang lain. Tetapi saya seorang lelaki yang baik. Saya melakukan banyak kerja amal. Saya membantu begitu ramai orang. Mengapa tidak untuk saya membantu memberi makan kepada Einsteins."
Jose Mourinho, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain