suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Burnley Digantung Empat Perlawanan Kerana Komen Di Twitter

Andre Gray
PENYERANG Burnley, Andre Gray telah digantung empat perlawanan selepas didapati bersalah kerana salah laku berhubung komen yang disiarkan di media sosial.

Gray, 25, telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak kerana memburuk-burukkan permainan dengan menulis di Twitter pada tahun 2012.

Dia telah meminta maaf berhubung postingnya itu dan menyatakan bahawa dia kini adalah 'orang yang berbeza'.

Kedua-dua pihak, kelab dan pemain telah menerima hukuman penggantungan itu.

Hukuman terhadap Gray ini bermula dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Isnin menentang Watford di Turf Moor dan dia akan terlepas perlawanan seterusnya menentang Arsenal, Everton dan Southampton.

Dia juga telah didenda £25,000.

"Kami percaya hukuman ini, mengenai posting lalu di media sosial, perlu dilihat sebagai amaran kepada semua pemain bola sepak profesional dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan yang lebih meluas," kata Burnley dalam satu kenyataan.

Tweet berkenaan, yang juga mengandungi istilah menyakitkan hati, telah dibuat ketika Gray bermain untuk Hinckley United.

Pada 20 Ogos, dia telah menjaringkan gol pertamanya ketika membantu Burnley untuk menang 2-0 ke atas Liverpool di Turf Moor dan sejak itu dia menjadi perhatian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain