suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejutan Sambutan Hari Lahir Ubati Kekecewaan Siti Noor Iasah

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin ternyata teruja dengan kejutan sambutan hari lahir yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan di sini, Khamis malam.

Finalis acara 400 meter T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya berprestij di Rio de Janeiro, Brazil itu mengakui kejutan hari jadinya yang ke-27 itu sedikit sebanyak meredakan kekecewaannya kerana gagal meraih pingat baru-baru ini.

"Saya memang terkejut dengan majlis ini. Lebih manis, disambut bersama keluarga, kawan-kawan di depan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Anak saya juga Nur Iman Qhaisara juga ada bersama. Hilang rindu saya apabila melihat wajahnya.

"Kejutan majlis hari jadi ini juga dianggap 'hadiah' paling bermakna selepas gagal mendapat pingat di Rio. Sekurang-kurangnya ia mampu menhilangkan kekecewaan saya ," jelasnya kepada mStar online.

Pada aksi paralimpik itu, Siti Noor Iasah terlepas dengan tindakan pelari Poland dan pemegang rekod dunia, Barbara Niewiedzial yang merebahkan diri di garisan penamat.

Bagaimanapun Siti Noor Iasah telah memperbaharui rekod Sukan Para Asia semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas, dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain