suria

'Dia Tidak Boleh Berjalan' - Peguam Schumacher

PEGUAM Michael Schumacher mendedahkan kecederaan berterusan terhadap bekas juara dunia Formula Satu (F1) itu selepas mengalami kemalangan ketika bermain ski tiga tahun lau.

Felix Damm mendedahkan perkara tersebut di mahkamah di Jerman mewakil keluarga Schumacher yang menyaman sebuah majalah berikutan dakwaan mengatakan bekas pelumba berusia 47 tahun itu boleh berjalan kembali.

Schumacher yang merangkul kejuaraan dunia sebanyak tujuh kali mengalami kecederaan di bahagian kepada ketika bermain ski di Pergunungan Alps, Perancis pada tahun 2013.

Dia telah menjalani dua pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya di Hospital Grenoble dan selepas itu meletaknya dalam keadaan separuh koma.

Laporan utama majalah Bunte mengatakan Schumacher boleh berjalan kembali namun Damm dengan tegasnya menafikan perkara tersebut.

"Michael sangat kurus. tetapi dia kembali boleh berjalan dengan bantuan terapi. Dia mampu berjalan beberapa langkah. Dan dia juga boleh melambaikan tangannya," jelas kenyataan yang dikeluarkan dalam majalah itu.

Namun, menurut laporan Mirror, Damm berkata, Schumacher tidak boleh berjalan atau berdiri dengan bantuan pakar-pakar terapi khas.

Keluarga Schumacher bakal memulakan saman mempertahankan perkara sebenar dan menuntut ruang privasi untuk bekas pelumba itu pada Oktober ini.

Pengurus Schumacher, Sabine Kehm menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

"Spekulasi yang tidak bertanggungjawab berdasarkan kecederaan serius, privasi amat penting bagi Michael.

"Malang sekali mereka memberi harapan tidak benar kepada orang-orang yang terlibat."

Michael Schumacher, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain