suria

Rosberg Pintas Hamilton Di Kedudukan Teratas Pelumba

Rosberg (empat duduk dr kanan) bersama pasukan Mercedes selepas kejayaan di Singapura.

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg membuktikan dia mampu berada di kedudukan teratas dengan usaha keras bersaing dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Kemenangan di Litar Jalanan Marina Bay pada Ahad malam menyaksikan pelumba Jerman itu mengumpul jumlah keseluruhan 273 mata selepas 15 perlumbaan.

Pelumba berusia 31 tahun itu merangkul lapan kejuaraan musim ini, malah mencatat rekod cemerlang sejak tirai perlumbaan dibuka dengan trofi juara empat kali berturut-turut bermula GP Australia, Bahrain, China dan Rusia.

Selepas itu, Rosberg meraih gelara juara GP Europa buat kali pertama sebelum merakam kemenangan di Singapura sekaligus menjadi rekod hatriknya (Belgium, Itali, Singapura).

Sementara itu, Hamilton yang dinobatkan juara dunia dua kali berturut-turut (2014,15) dan tiga kali keseluruhan hanya kekurangan lapan mata ke atas rakan sepasukannya itu (265).

Pelumba Britain ini dijangka mengambil alih kedudukannya jika jenteranya konsisten dan tidak berdepan dengan sebarang masalah. Dia dijangka akan bangkit merebut posisinya pada GP Malaysia yang bakal berlangsung awal Oktober ini.

"Kami melalui minggu yang baik dan jentera yang sempurna. 

"Lapan mata tidak terlalu jauh namun tetap sengit. Bagaimanapun persembahan Nico sangat menakjubkan.

"Banyak yang berbeza ketika berada di sini tahun lalu (Singapura), tetapi semuanya masih berada di landasan baik. Saya akan terus bersaing kerana perjalanan masih jauh.

"Saya akan memberi segala-galanya," kata Hamilton.

Sebagai rekod, Hamilton berjaya meraih trofi kejuaraan musim ini pada aksi GP Monaco, Kanada, Austria, Brotain, Hungary dan Jerman.

Perlumbaan F1 musim ini masih berbaki enam pusingan yang berakhir di Abu Dhabi 27 November ini.

Senarai kedudukan 10 pelumba terbaik (selepas 15 pusingan):

1. Nico Rosberg - Mercedes 273 mata

2. Lewis Hamilton - Mercedes 265

3. Daniel Ricciardo - Red Bull 179

4. Sebastian Vettel - Ferrari 153

5. Kimi Raikkonen- Ferrari 148

6. Max Verstappen - Red Bull 129

7. Valtteri Bottas - Williams 170

8. Sergio Perez -Force India 66

9. Nico Hulkenberg- Force India 46

10. Felipe Massa -Williams041

Artikel Lain