suria

Scholes Harap Mourinho Ada Idea Baharu Susun Pemain

PAUL Scholes berharap Jose Mourinho mempunyai idea baharu di bahagian tengah skuad Manchester United.

Skuad Red Devils dihukum dengan kekalahan 3-1 kepada Watford di Vicarage Road pada Ahad gara-gara percaturan tidak kemas skuad Mourinho.

Etienne Capoue, Juan Zuniga dan Troy Deeney menjadi pemusnah bagi skuad Hornets, manakala gol tunggal United disumbat pemain muda berusia 18 tahun, Marcus Rashford.

Kekalahan ini sekaligus mencatat rekod ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Manchester City dan Feyenoord. 

Situasi tersebut menyebabkan bekas pemain tengah United Scholes mendakwa barisan pemain yang berada di kawasan utama amat lemah, malah tidak menunjukkan perkara asas bola sepak ketika di padang.

"Seperti yang kami lihat dalam pasukan Man United, kualiti penguasaan bola sangat teruk, dan membiarkan perkara itu beberapa minit kerana tidak tahu apa yang mereka buat.

"Rashford satu-satunya pemain yang dilihat menyerlah walaupun sedikit kerana dia tidak mendapat permainan terbaiknya.

"Saya terfikir bahawa 'penguasaan' tidak cukup bagus. Sangat kucar-kacir sehingga sentiasa memberi bola kepada pihak lawan."

Scholes yang menghabiskan kariernya di United pada tahun 2013, memberitahu banyak perkara yang perlu diiisi di bahagian tengah dan kini menjadi kawasan paling lemah dalam skuad Mourinho.

Selain mengulas mengenai bekas rakan sepasukannya, Michael Carrick yang hanya sebagai pemain simpanan di Watford, Scholes turut memberi pandangan bahawa tugas Maroune Fellaini sangat terhad ketika berada bersama Paul Pogba.

"Saya setuju apa yang dilakukan Fellaini, tugas dia adalah penghalang bagi pemain lawan. Tetapi bagi saya, sekiranya kamu seorang pemain Manchester United, kamu perlu kerja lebih.

"Mereka (United) memerlukan seseorang yang boleh membuatkan pasukan lawan kelihatan berhenti bermain, tetapi dalam masa sama mampu mengawal permainan, bermain sebagai penyerang dan memberi bola kepada penyerang.

"Fellaini telah melakukan perkara tersebut dalam tiga atau empat perlawanan sebelum ini. 

"Dan dalam masa sama, saya tidak faham mengapa Michael Carrick berada di situ. Tahun lepas dia seperti mahu meninggalkan kelab dan langsung tidak bermain musim lalu, jadi apa yang telah dia buat, saya tidak tahu.

"Sesuatu yang tidak kena di sana (Watford). Persefahaman dalam pasukan tidak ada. Dia (Mourinho) perlu menggabungkan pemain yang tepat," jelas Scholes.

Paul Scholes, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain