suria

Kiev Tuan Rumah Final Liga Juara-Juara 2018

Stadium Olimpik Kiev.

KIEV: Persekutuan Bola Sepak Ukraine mengesahkan Stadium Olimpik Kiev bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018.

Stadium berkapasiti 70,000 tempat duduk yang pernah menjadi tuan rumah final Kejohanan Eropah 2012 itu diumumkan secara rasmi selepas pertemuan membabitkan pegawai Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Khamis.

Namun Ketua Persekutuan Bola Sepak Ukraine, Andriy Pavelko mengumumkan khabar gembira itu menerusi laman web rasmi persekutuan terbabit.

"Keputusan bersejarah untuk Ukraine sudah dimeterai di Athens.

"Final Liga Juara-Juara akan menjadi keraian untuk semua rakyat Ukraine. Jadi kita boleh bergembira dengan perlawanan akhir yang akan dilangsungkan di bandar raya Kiev.

"Ini bakal menjadi satu majlis yang akan mencipta sejarah di negara ini. Kami akan berusaha menjadikan perlawanan akhir ini sebagai satu detik yang terbaik," katanya. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain