suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Lakar Kemenangan Kedua AFF B-19

Frank Bernhardt.

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara Bawah 19 Tahun (B-19) meneruskan rentak cemerlang selepas mengalahkan Singapura 2-1 pada aksi kedua kumpulan A pada Kejohanan Remaja ASEAN B-19 di Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam pada Khamis.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan Malaysia memintas kedudukan Vietnam di tangga teratas kumpulan A dengan kutipan maksimum enam mata daripada dua perlawanan.

Skuad kendalian Frank Bernhardt itu sebelum ini menang selesa 5-0 ke atas Filipina pada aksi sulung kumpulan di venue yang sama, Selasa lepas.

Pada aksi yang disiarkan secara langsung sebuah televisyen swasta itu, Mohd Zarulizwan Mazlan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-16 sebelum Singapura menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Syahrul Sazali pada minit ke-82.

Bagaimanapun, penyerang negara Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew menjadi wira pasukan Malaysia dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan di babak kedua perlawanan.

Skuad negara dijadual menentang Timor Leste pada aksi ketiga kumpulan A di Padang YFTC pada Sabtu ini sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Vietnam di venue yang sama, selang dua hari kemudian.

Sebanyak 11 negara menyertai kejohanan edisi ke-13 kali ini iaitu Timor Leste, Singapura, Filipina, Malaysia dan Vietnam dalam kumpulan A manakala juara bertahan, Thailand mengetuai cabaran kumpulan B bersama lima pasukan lain iaitu Laos, Myanmar, Australia, Kemboja dan Indonesia. - BERNAMA

AFF B-19, Malaysia, Hanoi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain