suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alexis Sanchez Penyelamat Arsenal Ikat PSG Seri 1-1

Alexis Sanchez menjaringkan gol buat Arsenal pada perlawanan peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara ketika menentang PSG. Foto Reuters

ALEXIS Sanchez menjadi penyelamat buat Arsenal biarpun agak lewat menjaringkan gol dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara ketika menentang Paris Saint Germain (PSG), awal pagi Rabu.

Walaupun kedua-dua pasukan menamatkan permainan di Stadium Parc des Princes di Paris dengan skor berimbang 1-1, tetapi PSG pantas melakukan gol pembukaan pada minit pertama.

Gol sepantas 'kilat' itu menerusi aksi Edinson Cavani.

Bagaimanapun, sepanjang perlawanan skor 1-0 PSG dari babak pertama sehingga kedua masih tidak berubah.

PSG dilihat banyak melepaskan peluang keemasan sebagai pasukan tuan rumah.

Mengikat seri 1-1, Arsenal berjaya diselamatkan oleh jaringan Sanchez, yang hanya dapat dilakukan pada minit ke-78. 

Alexis Sanchez

Artikel Berikut

Artikel Lain