suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belgium 'Diboo' Selepas Tewas Kepada Sepanyol

Silva menjaringkan dua gol untuk Sepanyol.

PENAMPILAN pertama Roberto Martinez sebagai pengurus Belgium tidak bermula dengan baik apabila anak buahnya tewas 0-2 di tangan Sepanyol.

Martinez yang berasal dari Sepanyol dilantik mengetuai Belgium pada 3 Ogos lalu, kurang tiga bulan selepas dipecat dari Everton.

Belgium yang turut disertai Thierry Henry sebagai pembantu pengurus diboo penyokong tuan rumah selepas mempamerkan aksi hambar.

Martinez menggantikan kerusi panas yang dikosongkan Marc Wilmots yang meletak jawatan selepas Belgium tewas pada aksi suku akhir kepada Wales pada aksi Euro 2016.

Pengurus berusia 43 tahun itu menurunkan pemain Liverpool, Divock Origi dan penyerang Chelsea, Eden Hazard selaku kapten pasukan pada perlawanan itu manakala pemain Everton, Romelu Lukaku duduk di bangku simpanan.

Sepanyol bermula dengan bergaya menerusi dua gol yang dijaringkan pemain Manchester City pada minit ke-34 dan 62 sekali gus memberi kemenangan pertama untuk pengurus Julen Lopetegui yang menggantikan kedudukan Vicente del Bosque.

"Anda tidak boleh mengharapkan pertukaran mendadak hanya dalam tempoh tiga hari dan keputusan itu tidak memberi apa-apa makna.

"Apa yang saya mahu lihat adalah semangat dan perasaan bangga menyarung jersi kebangsaan," kata Martinez.



Belgium, Sepanyol, aksi persahabatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain