suria

Tak Patut Batalkan Gol T-Team - Rachmad

KUALA TERENGGANU: Pengendali T-Team, Rachmad Darmawan kecewa dengan tindakan pengadil Khairulazuan Kidam yang membatalkan gol kedua pasukannya ketika seri 1-1 dengan Felda United di suku akhir pertama Piala Malaysia, Ahad.

Baginya tiada sebab untuk gol Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-70 dibatalkan, sekali gus menyebabkan pasukannya gagal mendapatkan kelebihan awal yang diharapkan sebelum menentang lawan sama di suku akhir kedua pada 17 September nanti.

"Tiada alasan untuk pengadil membatalkan gol kedua T-Team kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan. Tapi itulah, dia sudah membuat keputusan dan kita perlu terima.

"Namun untuk ke separuh akhir, peluang masih terbuka. Cuma saya nak minta agar pengadil lebih adil dalam mengadili perlawanan seterusnya," katanya sambil meminta semua pihak menghormati keputusan tersebut.

Pada masa sama, Rachmad juga mahukan pemainnya lebih fokus dan bekerja lebih keras untuk mara ke peringkat seterusnya.

Katanya juga anak buahnya perlu mengekalkan momentum dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menyaingi pasukan lawan.

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain dan saya berharap rentak cemerlang ini terus dapat dipertahankan pada aksi selepas ini," katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam, The Titans mendahului seawal minit ketiga menerusi gol Mohd Safawi Rasid sebelum pemain import pelawat, Francis Forkey Doe menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Artikel Lain