suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sterling Ledak Dua Gol, City Kekal Rekod Tanpa Kalah

RAHEEM Sterling menjaringkan dua gol ketika Manchester City menundukkan West Ham 3-1 di Stadium Etihad, awal pagi Isnin sekali gus membolehkan pasukan itu menduduki takhta Liga Perdana Inggeris.

City mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan EPL di bawah kendalian Pengurus Pep Guardiola setakat ini.

Pasukan tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Sterling sebelum Fernandinho menjaringkan gol kedua pada minit ke-18.

West Ham cuba bangkit apabila berjaya meraih gol menerusi percubaan Michail Antonio pada minit ke-58 selepas menanduk masuk hantaran Arthur Masuaku.

Namun, City terus melakukan asakan dengan membolosi gawang lawan menerusi jaringan Sterling pada minit ke-92.

City berjaya merampas kedudukan pendahulu liga daripada Chelsea menerusi perbezaan jaringan selepas kedua-dua pasukan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.

Senarai pemain:

CITY: Caballero, Zabaleta, Otamendi, Stones, Clichy, Fernandinho, De Bruyne, Silva, Sterling, Nolito, Aguero.

WEST HAM: Adrian, Collins, Reid, Ogbonna, Antonio, Masuaku, Tore, Noble, Kouyate, Fletcher, Valencia.


Raheem Sterling, Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain