suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelar Sweden Pengecut, Hope Solo Digantung Enam Bulan

Hope Solo.

PENJAGA gol wanita Amerika Syarikat (AS), Hope Solo digantung enam bulan selepas kelakuannya didapati 'bertentangan dengan prinsip organisasi' oleh Persatuan Bola Sepak AS.

Penggantungan itu berkuat kuasa serta merta.

Selepas pasukan AS tersingkir daripada Olimpik Rio menerusi penentuan penalti awal bulan ini, penjaga gol berusia 35 tahun itu mengkritik pasukan Sweden yang mara ke aksi final bertemu Jerman.

Solo menggelar Sweden sebagai sekumpulan 'pengecut'.

Terdahulu, Solo pernah digantung 30 hari pada awal tahun 2015 kerana masalah disiplin.

Dia masih mempunyai kontrak bersama Seatlle Reign untuk saingan Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan yang akan memulakan musim baharu pada Sabtu ini.


Hope Solo, Amerika Syarikat

Artikel Lain