suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tawar Alessio Romagnoli £35 juta

Alessio Romagnoli.

CHELSEA membuat tawaran berjumlah £35 juta (RM187.39 juta) kepada pemain pertahanan AC Milan, Alessio Romagnoli.

Pengurus pasukan, Antonio Conte mengadakan pertemuan dengan pengurusan Chelsea pada Rabu, dengan melihat akan menambah sekurang-kurangnya tiga perjanjian untuk ditandatangani bagi mendapatkan pemain buat skuadnya sebelum tarikh akhir pada Rabu depan.

Chelsea telah mengemukakan tawaran mereka, termasuk beberapa tambahan lagi untuk Romagnoli walaupun AC Milan memberitahu bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai AC Milan dari Roma dengan kontrak bernilai £21 juta (RM112.46 juta) pada musim panas yang lepas.

Bagaimanapun, Chelsea sedia untuk memberikan keuntungan tambahan buat AC Milan kerana mereka benar-benar mahu memperkuatkan benteng pertahanan pasukan. - Mail Online





112.46
112.46

Artikel Berikut

Artikel Lain