suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mamadou Sakho Dijangka Tinggalkan Liverpool

Mamadou Sakho.

LIVERPOOL sedang mempertimbangkan untuk memberikan peluang kepada Mamadou Sakho meninggalkan Anfield secara pinjaman berikutan pemain itu mahu mengembalikan kecergasannya.

Sakho banyak terlepas menyertai permainan pada musim panas berikutan kecederaan yang dialaminya di bahagian kaki.

Bagaimanapun, beliau kembali berlatih di pusat latihan di Melwood pada Isnin.

Semasa 'ketiadaannya', Sakho melihat posisinya dalam skuad di bawah pengurus Jurgen Klopp dibuat secara terbuka, menerusi langkah Liverpool menandatangani dua pemain pertahanan tengah yang baharu, Joel Matip dan Ragnar Klavan.

Klopp juga mengambil keputusan untuk menghantar Sakho pulang dari jelajah Liverpool di Amerika Syarikat lebih awal, kerana kecewa dengan sikap pemain itu yang melanggar peraturan disipin kelab sebanyak tiga kali.

Sejak kembali ke Merseyside, Sakho mahu meneruskan tugasnya tetapi Liverpool tidak pasti pemain itu dapat menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, ia bukan kerana Liverpool mahu lepas tangan terhadap Sakho, yang baharu sahaja menandatangani kontrak baharu selama lima tahun pada September lalu.

Sebaliknya, kelab berkenaan mahu melihat pemain kelahiran Perancis itu bermain dalam perlawanan seperti biasa bagi mengembalikan kekuatannya sebaik mungkin. - Mail Online

Mamadou Sakho, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain