suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Positif Doping, Pingat Atlet Kyrgyzstan Dilucutkan

Izzat Artykov.

RIO DE JANEIRO: Atlet angkat berat lelaki Kyrgyzstan, Izzat Artykov menjadi atlet pertama di Olimpik Rio dilucutkan pingat selepas didapati positif ujian dadah.

Bahagian anti doping Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Jumaat berkata Artykov diuji positif menggunakan strychnine selepas menang pingat gangsa dalam acara 69 kilogram.

Pingat atlet berusia 22 tahun itu dirampas dan dia disingkirkan daripada temasya berkenaan.

Strychnine dikenali sebagai perangsang dalam senarai bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia.

Ia adalah dadah yang amat bahaya yang sering digunakan dalam racun serangga, terutama untuk membunuh tikus.

Bagaimanapun bahan larangan itu  digunakan atlet dalam jumlah yang kecil untuk mengetatkan otot yang keletihan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain