suria

Olimpik: Perebutan Sengit Pingat Emas Brazil-Jerman

PASUKAN Brazil mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik selepas mencatat kemenangan besar ke atas Honduras 6-0 dalam dalam saingan separuh akhir di Maracana awal pagi Khamis.

Ayam tambatan tuan rumah, Neymar membuka jaringan terpantas dalam sejarah Olimpik pada dalam tempoh 15 saat permainan sebelum menambah satu lagi jaringan penalti pada minit akhir permainan.

Manakala Jesus yang menjadi pemain baharu Manchester City musim ini turut menyumbat dua gol pada minit ke-26 dan 35'.

Kerancakan jaringan diteruskan dengan gol Marquinhos minit ke-51 sebelum Vieira melakukan jaringan kelima minit ke-79.

Walaupun Brazil pernah merangkul pingat perak Sukan Olimpik dan dua pingat gangsa, mereka tidak pernah memenangi gelaran juara bagi pingat emas.

Lebih menarik, aksi akhir nanti menyaksikan Brazil yang bermain di hadapan penyokong sendiri itu bakal berdepan dengan cabaran sengit, Jerman yang menyingkir Nigeria 2-0 dalam aksi sama sebelum itu.

Perlawanan tersebut dianggap aksi ulangan yang mana mereka dimalukan Jerman 7-1 pada final Piala Dunia 2014 di laman sendiri.

Olimpik, Final, Boal sepak, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain