suria

Tujuh Cedera Kamera Televisyen Terjatuh Di Olimpik Park

SEBUAH kamera televisyen overhed digantung pada kabel terjatuh di Olimpik Park pada Isnin menyebabkan tujuh cedera termasuk dua kanak-kanak.

Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Ia antara salah satu insiden memalukan penganjur selepas kejadian rompakan bersenjata melibatkan perenang Amerika Syarikat (AS) Ryan Lochtee dan tiga rakan pasukannya pada hujung minggu lalu.

Kamera aerial yang dibungkus dengan penutup berat berwarna hitam adalah kepunyaan unit penyiar rasmi Olimpik dan terjatuh kira-kira 20 meter selepas kabel terputus.

Insiden itu mencetuskan detik cemas, kata pegawai dan saksi.

"Saya melihat kamera itu... dan tiba-tiba saya terdengar bunyi kabel terputus dan kamera itu terjatuh," kata seorang pengunjung, Chris Adams yang juga delegasi pasukan gimnastik Britain.

Stesen televisyen Brazil melaporkan dua wanita kelihatan bingung dan duduk dekat kamera tersebut.

Salah seorang wanita mengalami pendarahan di muka dan dibawa menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan.

Beberapa mangsa lain turut meninggalkan lokasi kejadian dengan memakai pendakap leher.

Sejumlah empat mangsa dikejarkan ke hospital sejurus selepas insiden itu termasuk dua kanak-kanak yang terkena kabel tersebut, kata seorang pegawai Olimpik Rio.

Kesemua mangsa dibenarkan keluar dari hospital tidak lama selepas itu.

kamera televisyen overhed

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Heidi 'Lemas' Di Rio

Artikel Lain