suria

Najib Ucap Tahniah Kejayaan Beregu Lelaki Badminton Mara Final

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada beregu badminton lelaki negara kerana mengharumkan Malaysia dengan mara ke peringkat akhir Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.

"Beregu kita Tan Wee Kiong  and  Goh Wei Shem merempuh ke final! Tahniah! #RioOlympics2016 #KitaTeamMalaysia," katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.

Beregu Malaysia itu mara ke peringkat akhir selepas menewaskan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei, 21-18, 12-21, 21-17, malam ini.

Regu Malaysia itu akan berdepan pasukan sama ada dari China atau Great Britain.

Dengan kemenangan malam ini, sekurang-kurangnya pingat perak kini dalam genggaman Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beregu Lelaki Ke Final

Artikel Lain