suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Bermula Hambar, Tewas Kepada PSG

Meunier meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

KEMPEN pra musim Real Madrid bermula hambar apabila pasukan kendalian legenda Perancis, Zinedine Zidane itu tewas 1-3 kepada Paris Saint Germain (PSG) pada saingan Piala Juara Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Ohio, pagi Khamis.

Pemain pertahanan Thomas Meunier menjaringkan dua gol pada babak pertama selepas Jonathan Ikone membuka jaringan awal untuk PSG pada minit kedua.

Madrid memperoleh gol tunggal menerusi Marcelo pada minit ke-44.

Skuad utama Los Blancos dibarisi Alvaro Morata yang melakukan penampilan pertamanya sejak berhijrah dari Juventus, Isco, Rafael Varane dan Jese Rodriguez.

Pengurus PSG, Unai Emery amat berpuas hati dengan prestasi pemainnya dalam tiga aksi persahabatan setakat ini.

Terdahulu, PSG menundukkan West Brom 2-1 manakala menang ke atas Inter Milan 3-1 pada aksi pembukaan perlawanan itu Ahad lalu.

Thiago Silva, Javier Pastore, Lucas Moura dan Edinson Cavani diturunkan dalam kesebelasan utama PSG pada perlawanan itu.

Thomas Meunier, PSG, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain