suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Tarik Diri Sukan Olimpik, Tamat Aksi 2016

ROGER Federer tidak beraksi pada Sukan Olimpik di Brazil berikutan kecederaan lutut yang dialaminya.

Jaguh tenis Switzerland itu yang dijangka menjadi pesaing utama perebutan pingat emas acara perseorangan di Rio telah mengesahkan perkara tersebut.

Juara 17 kali Grand Slam ini turut mengumumkan bakal menamatkan saingan sepanjang musim ini lebih awal.

"Dengan perasaan yang kecewa, saya mengumumkan bahawa tidak akan beraksi mewakili Switzerland pada Sukan Olimpik di Rio dan juga baki saingan musim ini.

"Keputusan sukar ini dibuat selepas mengambil kira nasihat pasukan perubatan saya, dan bermakna saingan sepanjang musim ini juga akan berakhir. 

"Saya memerlukan lebih masa untuk melakukan pemulihan selepas pembedahan lutut awal tahun ini," jelas Federer.

Federer dirawat ketika aksi separuh akhir Wimbledon baru-baru ini.


Federer yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke-35 pada 8 Ogos ini mengalami kecederaan meniskus di bahagian lutut kirinya selepas terjatuh ketika memandikan anak kembar perempuannya.

Selepas lebih kurang dua bulan berehat, dia kembali bersaing di Monte Carlo pada April lalu.

Namun dia terus berdepan dengan kesakitan malah terjatuh ketika aksi separuh akhir tewas kepada Milos Raonic di Wimbledon yang menyebabkan kecederaan itu semakin serius.

Sebagai rekod, Federer yang kini menduduki takhta ketiga ranking dunia merupakan pemegang pingat perak Sukan Olimpik di London 2012.
Roger Federer, Sukan Olimpik

Artikel Lain