suria

Kante Akan Jadikan Chelsea Lebih Kuat

N'Golo Kante
PENJAGA gol Chelsea, Asmir Begovic, menyambut kedatangan N'Golo Kante dengan gembira dan yakin pemain itu akan menjadikan Chelsea lebih kuat.

Chelsea mendapatkan Kante daripada Leicester City dengan mengikat kontrak selama lima tahun. Dipercayai, The Blues harus membayar sehingga £32 juta untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis ini.

Kante merupakan salah seorang tonggak utama Leicester dalam membantu kelabnya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu juga telah bermain untuk skuad kebangsaannya pada Piala Eropah 2016 baru-baru ini.

"Dia adalah pemain yang penting untuk Leicester musim lalu dan dia juga ada pengaruh yang baik bersama Perancis di Piala Eropah, jadi dia adalah pemain yang ingin kami masukkan ke dalam kelab ini," kata Begovic, kepada laman web rasmi Chelsea.

"Kante akan memberikan banyak perubahan kepada pasukan kita dan menjadikan kita lebih baik."

Pemain dari Bosnia itu juga memuji pengurus kelab Antonio Conte.

"Semuanya dalam keadaan baik dengan kami perlu menjalani latihan.

"Kami dibeli untuk memenuhi apa yang pengurus mahu kami lakukan. Kami sedang berusaha keras untuk mencuba dan menunjukkan peningkatan.

"Kami sedang berusaha dengan cara yang berbeza, jadi ia akan mengambil sedikit masa untuk proses itu, tetapi setakat ini begitu baik, dan saya fikir dari masa ke masa kami akan menjadi lebih baik.

"Dia berkomunikasi dengan baik, jadi dia dapat menyampaikan mesej pada separuh masa pertama dan sebelum permainan. Kami mahu bekerja keras. Kami cuba untuk  berberdisiplin. Etika kerja adalah sangat kuat," katanya.

Asmir Begovic, N'Golo Kante

Artikel Lain