suria

VIDEO: Demba Ba Patah Kaki Dikasari Lawan

BEKAS penyerang Newcastle dan Chelsea, Damba Ba patah kaki kiri selepas dikasari pemain lawan dalam pertembungan antara dua pasukan Shanghai, China.

Ba, 31, yang mewakili Shanghai Shenhua mengalami detik ngeri itu selepas pemain lawan menendang kakinya dari belakang dalam aksi Liga Super China.

Perlawanan tumpuan antara Shenhua menentang Shanghai SIPG terhenti seketika selepas Ba kelihatan menjarit menahan sakit di atas padang.

Ba yang juga penyerang Senegal bermula cemerlang pada tahun ini di China dengan menjaringkan 14 gol dalam 18 penampilan.

Bagi perkembangan setakat ini, jurulatih Shenhua berpendapat Ba mungkin tidak akan dapat bermain bola secara profesional lagi.

Kecederaan yang dialami Ba turut mendapat perhatian Chelsea, apabila kelab berkenaan turut berdoa supaya Ba cepat pulih dan bersabar terhadap dugaan itu.


Demba Ba

Artikel Lain