suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib Thiago Sudah Diputuskan

F. Thiago

GEORGE TOWN: Nasib jurulatih Pulau Pinang yang digantung Jacksen F. Tiago, sudah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata keputusan mengenai Tiago sudah dimuktamadkan.

"Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam jangka masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Pulau Pinang dengan Malaysian Indian Football Assocation (Mifa) di Stadium Bandaraya di sini Sabtu malam.

Tiago telah direhatkan daripada menjadi jurulatih utama kelab harimau kumbang itu ekoran prestasi tidak menentunya dalam kempen Liga Super yang lepas setelah tewas 2-1 kepada Sarawak di halaman sendiri.

Nazir juga berkata, setakat ini FAP tidak mempunyai masalah dana, namun mengakui menghadapi banyak masalah sebelum ini seperti mengambil orang yang salah.

"Kita akui, banyak kesilapan telah dilakukan dan kita sedang belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain