suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michael Carrick Lanjutkan Kontrak Setahun, Kekal Di Bawah Mourinho

MICHAEL Carrick melanjutkan kontraknya bersama Manchester United selama setahun lagi untuk berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menyertai United dari Tottenham pada 2006 telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2017 - kekal untuk tahun kesebelas di Old Trafford.

Sepanjang berada di United, Carrick berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Liga Juara-Juara Eropah.

"Ini adalah kelab terhebat yang bersama saya sejak 10 tahun lalu. Oleh itu saya sangat teruja untuk meneruskan pejuangan di sini," katanya.

Carrick turut meluahkan kegembiraan dan prospek untuk bekerjasama dengan Mourinho yang telah dilantik sebagai jurulatih baharu pada bulan lalu.

"Menjadi peluang terhebat untuk bekerja di bawah Mourinho. Individu yang teruja untuk memenangi banyak kejuaraan dalam kariernya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang banyak membantu dan menyokong karier saya di sini.

"Memenangi Piala FA antara yang terindah setakat ini dan saya berharap kita akan memenangi banyak  piala lagi selepas ini," jelasnya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain