suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Euro 2016: Ozil Tak Dapat Puasa

PEMAIN bola sepak Jerman beragama Islam, Mesut Ozil terpaksa melupakan hasrat untuk menjalankan ibadah puasa Ramadan ini kerana mewakili negaranya dalam kejohanan Euro 2016.

Perancang utama skuad Die Mannschaft itu ketika ditemubual stesen televisyen Jerman berkata, cuaca panas serta jadual latihan intensif menyukarkannya untuk berpuasa.

“Cuaca terlalu panas dan saya perlu menjalani sesi latihan serta terlibat dalam perlawanan yang diadakan pada waktu siang. Situasi itu menyebabkan saya tidak boleh berpuasa,” kata pemain Arsenal itu.

Euro 2016 akan bermula 10 Jun sehingga 10 Julai manakala Ramadan jatuh pada 6 Jun ini.

Ozil juga tidak dapat berpuasa pada 2014 yang lalu kerana mewakili Jerman dalam Piala Dunia di Brazil.

Dewan Muslim Jerman pada 2010 mengeluarkan fatwa yang membolehkan atlet profesional Jerman tidak berpuasa sepanjang Ramadan dan menggantinya pada hari lain.

Pada Mei, Ozil yang berusia 27 tahun itu telah ke Makkah dan Madinah bagi menunaikan ibadah umrah.




Mesut Ozil, Ramadan, Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Lain